Tuesday, January 26, 2010

Jabatan Amal Bukan Hanya Jaga Parking – KP

Jabatan Amal perlu berada di semua unit, bukan hanya menjadi jaga parking.” Petikan ucapan Saudara Aminuddin Zulkifli dalam taujihad Ketua Pemuda ketika Rehlah Pemuda Tanjung Malim berlangsung. “Lebih-lebih lagi disaat hampir menjelangnya pilihanraya, kita sebagai tuan rumah sepatutnya bukan sekadar memegang kunci dan membuka pintu tetapi kitalah yang perlu berada dibarisan hadapan.” Tambahnya lagi


Beliau sebelum ini turut menyarankan agar Jabatan Amal perlu meng’upgrade’ setiap program yang dijalankan supaya ia mempunyai nilai tambah yang perlu ada pada setiap Kekuatan Amal. Bukan sahaja kuantiti program yang diperlukan tetapi juga kualiti bagi setiap program. Setiap Ahli amal perlu disiapkan dengan kemahiran-kemahiran Amal sejajar dengan teras amal yang ketiga iaitu Kemahiran dan Keterampilan.


Unit amal sudah punya nama dimata masyarakat. Sebut Unit Amal orang akan terbayangkan PAS. Tetapi ia masih jauh untuk menjadi satu proksi dakwah. Sehubungan dengan itu pada tahun ini 2 program utama wajib dilaksanakan bagi memenuhi penunjuk aras kejayaan yang telah ditetapka oleh Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim iaitu Jambori Kawasan dan Kursus Asas Pertolongan Cemas. Yang mana kedua-dua program ini bukan sahaja dapat menarik minat masyarakat dalam mendampingi Jabatan Amal malah dapat memberikan kemahiran tambahan dalam memenuhi keperluan Jabatan Amal.

No comments:

Post a Comment