Tuesday, January 26, 2010

Gotong-Royong Bersihkan Sisa Kebakaran

Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim bersama Dewan Pemuda Pas kawasan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam memastikan kebajikan ahli terbela. Gotong royong membersihkan lokasi kebakaran ini turut disertai masyarakat setempat.



Musibah Dapat Perhatian Pengarah Amal Negeri

Saudara Zamarul Aini menyampaikan sedikit sumbangan

Pengarah Amal Negeri Perak begitu prihatin dengan musibah yang menimpa Komander Kawasan Tanjung Malim, Saudara Norazmi yang mana rumah ibunya terlibat dengan kebakaran awal pagi sabtu yang lalu.


Rombongan yang datang bagi meninjau kawasan kebakaran berlangsung pada petang sabtu kurang 20 jam dari masa kejadian. Rombongan yang dianggotai seramai 4 orang wakil negeri turut disertai Ahli Jabatan Amal kawasan.


Jabatan Amal bukan sahaja peka dengan segala musibah yang menimpa tetapi turut sedaya upaya untuk meringankan beban mangsa. Pertemuan diakhiri dengan pemberian sedikit sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Saudara Zamarul Aini.

Jabatan Amal Bukan Hanya Jaga Parking – KP

Jabatan Amal perlu berada di semua unit, bukan hanya menjadi jaga parking.” Petikan ucapan Saudara Aminuddin Zulkifli dalam taujihad Ketua Pemuda ketika Rehlah Pemuda Tanjung Malim berlangsung. “Lebih-lebih lagi disaat hampir menjelangnya pilihanraya, kita sebagai tuan rumah sepatutnya bukan sekadar memegang kunci dan membuka pintu tetapi kitalah yang perlu berada dibarisan hadapan.” Tambahnya lagi


Beliau sebelum ini turut menyarankan agar Jabatan Amal perlu meng’upgrade’ setiap program yang dijalankan supaya ia mempunyai nilai tambah yang perlu ada pada setiap Kekuatan Amal. Bukan sahaja kuantiti program yang diperlukan tetapi juga kualiti bagi setiap program. Setiap Ahli amal perlu disiapkan dengan kemahiran-kemahiran Amal sejajar dengan teras amal yang ketiga iaitu Kemahiran dan Keterampilan.


Unit amal sudah punya nama dimata masyarakat. Sebut Unit Amal orang akan terbayangkan PAS. Tetapi ia masih jauh untuk menjadi satu proksi dakwah. Sehubungan dengan itu pada tahun ini 2 program utama wajib dilaksanakan bagi memenuhi penunjuk aras kejayaan yang telah ditetapka oleh Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim iaitu Jambori Kawasan dan Kursus Asas Pertolongan Cemas. Yang mana kedua-dua program ini bukan sahaja dapat menarik minat masyarakat dalam mendampingi Jabatan Amal malah dapat memberikan kemahiran tambahan dalam memenuhi keperluan Jabatan Amal.

Saturday, January 23, 2010

Komander Amal Tanjung Malim Ditimpa Malang

Malang tak berbau.

Siapa sangka rumah yang baru setahun diduduki musnah terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi. Rumah ibu kepada Komander Amal Kawasan Tanjung Malim, Saudara Azmi Abu Bakar hangus kira-kira jam 12.30pagi.

Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketika kejadian hanya adik beliau yang berada di rumah tersebut yang mana ibu beliau berada dirumahnya sementara menunggu beliau pulang dari tugasan Amal di Slim River.


Alhamdulillah semua selamat, adik saya ada masalah mental, mujurlah dia boleh buka pintu dan berlari keluar.” Ujar beliau. Tambahnya lagi, kebakaran mungkin disebabkan api lilin ataupun dapur.


Jabatan Amal dan wakil kawasan yang baru selesai mengendalikan ceramah Anuar IbrahiM bergegas ketempat kejadian sebaik mengetahui berita tersebut. Bagi pihak Jabatan Amal kami mengucapkan takziah kepada beliau. Pastinya kejadian ini ada hikmahnya. Apabila kuat iman seseorang maka makin besarlah cubaan dan ujia yang datang dan bilamana dapat diharungi dengan baik sesungguhnya besarlah kurniaan Allah kepadanya.

Gambar Sekitar Ceramah DS Anuar Ibrahim

Alhamdulillah Jabatan Amal telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan ceramah umum yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat bertempat di Pejabat Pas MTD Slim, Taman Seroja.


Ceramah yang menampilkan tokoh-tokoh besar Keadilan seperti Anuar Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub, Tian Chua, Eli Wong, Zuraida Kamaruddin dan beberapa tokoh lain ini berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran yang begitu memberansangkan. Justeru itu kehadiran Jabatan Amal amat diperlukan bagi melicinkan lagi perjalanan program.


Namun begitu di tengah kesibukan bertugas, Jabatan Amal Tanjung Malim masih sempat untuk meneruskan Kempen RM 1 Tabung Kebajikan Jabatan Amal Tanjung Malim yang mana ia mendapat sambutan yang menggalakkan.


Berikut merupakan gambar yang diambil ketika bertugas.

Jadi Guard La Pulak

Serba boleh.


Itulah gambaran awal kepada Ahli Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim. Mereka bukan sahaja cergas di program-program besar, cekap menjaga lalu lintas, berdisiplin melakukan tugas malah sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan orang ramai. Dari membantu mangsa banjir sehinggalah mengutip sampah di jalanan. Semuanya dilakukan ikhlas kerana Allah.


Kali ini Jabatan Amal telah ditugaskan bagi menjaga keselamatan ketika muslimat Pas Tanjung Malim mengadakan program Qiamulail di Pejabat Mtd Slim, Taman Seroja.


Program yang bermula jam 9 malam dan berakhir jam 7 pagi ini turut menyaksikan kesungguhan 7 kekuatan Amal dalam beramal. Mungkin kelihatan mudah tugas tersebut, namun ia menuntut kesabaran yang tinggi yang mana kami juga terpaksa bermalam ditempat kejadian dengan meninggalkan anak isteri di rumah.

Bertugas cara santai

Ahli Amal menunjukkan cara yang betul untuk bermain carom

Monday, January 18, 2010

Gotong Royong Di Trolak Pekan

Satu gotong royong perdana akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut

TEMPAT: TROLAK PEKAN
TARIKH: 23 JANUARI 2010 (SABTU)
MASA: 8.30PAGI


DIHARAP SELURUH AHLI JABATAN AMAL KAWASAN TANJUNG MALIM, AHLI-AHLI PAS KAWASAN, PEMUDA DAN CAWANGAN DAPAT BERSAMA-SAMA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT.

Kempen RM1 Tabung Kebajikan Jabatan Amal

Alhamdulillah Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tanjung Malim telah berjaya melancarkan Kempen RM1 Tabung Kebajikan Jabatan Amal pada 17 Januari 2010 yang lalu bertempat di pejabat Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim.

Kempen yang bertujuan menambah dana Jabatan Amal dalam memastikan program-program kebajikan yang bakal dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar ini telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Perak iaitu Saudara Salman Saleh bersama Naib Ketua Pemuda Pas kawasan Tanjung Malim.

Pada hari tersebut sebanyak RM 63 berjaya dikutip. Dan dijangkakan sebanyak RM1000 akan diperolehi dalam fasa pertama ini.

" Selepas ini Unit ekonomi Jabatan Amal Tanjung Malim akan bertindak lebih agresif dengan mewujudkan perniagaan sendiri yang mana ia bukan sahaja akan menjana pendapatan Jabatan Amal malah akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada Ahli Amal." Kata Ketua Unit Ekonomi Jabatan Amal Tanjung Malim, Saudara Khairul Anuar.

ORGANISASI BARU JABATAN AMAL KAWASAN TANJUNG MALIM

Komander:
Nor Azmi Bin Abu Bakar

Timbalan Komander 1;
Fazrin Bin Hasyim

Timbalan Komander 2:
Abu Bakar Bin Darus

Setiausaha:
Nor Hisyamuddin Bin Samsuni

Penolong Setiausaha:
Nasir Bin Din

Bendahari:
Nur Shariman Bin Sulaiman


Ketua Unit Tugas khas:
Aminuddin Bin Matasin

Ketua Unit Tarbiyyah:
Nasir Bin Din

Ketua Unit Kurikulum, Latihan Dan Teknikal:
Junaidin Bin Yusop

Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan:
Mohd Firdaus Bin Muhamad

Ketua Unit Logistik:
Khairul Nizam Bin Anuar

Ketua Unit Motivasi dan Kaunseling:
Abd Gani Bin Ibrahim

Ketua Unit Sukan Dan Rekreasi:
Ahmad Sukri Bin Khalidi

Ketua Unit Ekonomi:
Khairul Anuar

Ketua Unit Briged/Kadet Amal:
Ustaz Arman Bin Yusop




Sunday, January 17, 2010

TAHNIAH KOMANDER BARU JATM

Dalam Mesyuarat DPPTM pada 7 Januari lalu, satu rombakan kecil telah berlaku melibatkan pihak Jabatan Amal Tanjung Malim (JATM) dimana meyaksikan perubahan pucuk pimpinan Jabatan Amal Tanjung Malim bertukar tangan kepada Saudara Nor Azmi yang sebelum ini memegang jawatan timbalan komander 1 JATM.


Saudara Nor Azmi telah ditaklifkan sebagai komander kawasan yang baru bagi mengantikan Saudara Fazrin tang ditugaskan memegang lujnah Sukan dan Rekreasi Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim. Saudara Fazrin juga turut diberikan kepercayaan bagi membantu Saudara Azmi dalam melicinkan lagi pergerakan JATM.


Memetik kata-kata bekas Penyelaras Amal kawasan, Saudara Aminuddin Matasin, sebagai ketua kita hendaklah tabah dalam menghadapi apajuga kemungkinan yang mendatang dan perlu banyak bekorban dan bersabar.


Diharap Jabatan Amal dibawah pimpinan yang baru akan lebih cemerlang dan tersusun dalam melancarkan lagi pergerakan Jabatan Amal disamping dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.