Friday, August 6, 2010

Doakan Pemergian Ini


Assalamualaikum...

Buat teman seperjuangan...
Mudah-mudahan Allah merahmati apa yang telah kita lakukan bagi memenangkan agamanya...

Ana Mohd Firdaus Bin Muhamad dengan ini menyusun sepuluh jari memohon keampunan di atas segala salah dan silap selama ana bersama tuan-tuan di Kawasan Tanjung Malim samaada sebagai SUK mahupun penerangan Amal Kawasan...

Doakan pemergian ana ke Seri Manjung ini sebagai mencari permata berharga di perantauan dan doakan juga ana untuk terus Istiqamah dalam jemaah ini disamping dapat berkhidmat dengan lebih baik...

Jambori Amal Tanjung Malim Berjaya

Alhamdulillah, Jambori Amal Kawasan Tg Malim telah berjaya diadakan di Kg Baru Sabar Jaya, Sungkai dengan penyertaan seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada remaja-remaja dari cawangan sekitar Kawasan Tg Malim.

Pendaftaran jambori bermula jam 5.00 petang pada hari Jumaat 23 Julai 2010. selesai pendaftran, peserta ditugaskan mendirikan khemah masing-masing. Manakala petugas sibuk menyediakan makan malam.

Selesai Solat Maghrib, satu taklimat ringkas diberikan oleh Komanden Amal Tg Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar. Setelah selesai, Ustaz Azhari mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyampaikan Tazkirah Maghrib.

Selesai Solat Isyak, semua peserta menikmati juadah makan malam.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Ustaz Azhari. Setelah selesai, disambung pula dengan slot Taklimat Kawad kaki oleh Setiausaha Amal Tg Malim, Sdr Hisyamuddin dan diakhiri dengan taklimat Malam Kebudayaan oleh Timbalan Amal Tg Malim, Sdr Fazrin.

Setelah selesai, semua peserta menikmati lemang yang telah siap tersedia dengan kari ayam istimewa bagi menutup slot akhir sebelum peserta diarahkan tidur pada jam 1.00 pagi.

Jam 5.30 pagi hari kedua, semua peserta dikejutkan untuk menunaikan Solat Subuh Berjamaah..Selepas Solat subuh, diisi dengan Kuliah oleh Ustaz Norzarir. Aktiviti hari kedua dimulai dengan Kawad kaki dan majlis perasmian oleh Ketua Pemuda Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.