Monday, December 7, 2009

Sekitar Program KAKA


Jabatan Amal Perak telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Kemahiran Amal Tahap 1 siri ke 2 pada 4 hingga 6 Disember yang lalu bertempat di Kebun Pak Kholil Gopeng.


Diantara aktiviti yang dilakukan adalah ikatan dan simpulan, asas pendawaian, kawad kaki dan lalu lintas. Pada kali ini Jabatan Amal Tanjung Malim menghantar seramai 3 orang wakil ke kursusu tersebut. Dan insyaAllah pada tahun hadapan Tanjung Malim berhasrat untuk menjadi tuan rumah kepada program tersebut.


Setiausaha Jabatan amal Tanjung Malim bersama ketua Pemuda Kampung Rasau

Sekitar Aktiviti Gotong Royong Di Rumah Anak-anak Yatim Nurul Hikmah

Amali simpulan dan ikatan

Timbalan Komander 1 Amal TM sedang mengorbankan seekor ayam

"Ini kaedah yang betul untuk melakukan pertolongan cemas,"kata moderator

Peserta dari Tanjung Malim menerima sijil penyertaan

Terima Kasih Unit Amal

Pihak penganjur Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Kampung Kuala Slim mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Unit Amal yang datang dari jauh dengan tujuan memeriahkan dan melancarkan lagi perjalanan program.


Ceramah yang membariskan Ustaz Khalil Idham Lim sebagai pemidato utama turut disertai adun Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan YDP Kawasan, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.


Unit Amal yang kini dikenali sebagai Jabatan Amal menurunkan seramai 12 kekuatan di ketuai Timbalan Komander 2 Jabatan Amal kawasan iaitu Saudara Khairul Anuar.

KEMASKINI DATA AHLI

Mohon perhatian dan kerjasama daripada ketua-ketua pemuda cawangan agar dapat memberikan kerjasama untuk mengumpulkan maklumat ahli Jabatan Amal yang sedia ada. Penyertaan baru amat dialu-alukan. Maklumat utama yang diperlukan adalah NAMA PENUH (seperti dalam kad pengenalan), NOMBOR IC, ALAMAT (seperti dalam kad pengenalan) dan NOMBOR TELEFON.


Semua maklumat ini bertujuan untuk mengemaskini data ahli Amal kawasan supaya segala maklumat dapat diselaraskan dan pergerakan Jabatan Amal lebih tersusun dan lancar.


Di harap tuan-tuan dapat menyerahkan maklumat tersebut sebelum 10 Disember 2009 bagi memastikan Jabatan Amal dapat melangkah ke tahun baru dengan penuh persediaan.

Tuesday, December 1, 2009

PERHATIAN!!!! PENGUMUMAN PENTING

Kepada semua anggota amal perak yang lulus Kursus KAKA tahap1 akan dianugerahkan sepasang kolar pin seperti yang berikut dibawah..

Bagi yang lulus dengan jayanya akan dianugerahkan sepasang pin kolar yang berwarna perak. Bagi mereka yang berjaya dan layak untuk pergi ke kursus KAKA Tahap 2 akan diberikan pin kolar berwarna emas. Kursus KAKA ini akan menentukan tuan-tuan layak memegang pangkat di negeri dan kawasan.

Mulai 2011 hanya yang melepasi Kursus KAKA tahap 2 sahaja akan dibenarkan memegang pangkat baik dinegeri dan kawasan.

Oleh yang denikian sila berikan kerjasama dan bersedia untuk dilatih..

Semoga Jabatan Aamal Malaysia Negeri Perak akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan unit beruniform yang lain seperti PBSMM, St. John, JPA3 dan lain-lain...

ALLAHUAKBAR....