Friday, August 6, 2010

Doakan Pemergian Ini


Assalamualaikum...

Buat teman seperjuangan...
Mudah-mudahan Allah merahmati apa yang telah kita lakukan bagi memenangkan agamanya...

Ana Mohd Firdaus Bin Muhamad dengan ini menyusun sepuluh jari memohon keampunan di atas segala salah dan silap selama ana bersama tuan-tuan di Kawasan Tanjung Malim samaada sebagai SUK mahupun penerangan Amal Kawasan...

Doakan pemergian ana ke Seri Manjung ini sebagai mencari permata berharga di perantauan dan doakan juga ana untuk terus Istiqamah dalam jemaah ini disamping dapat berkhidmat dengan lebih baik...

Jambori Amal Tanjung Malim Berjaya

Alhamdulillah, Jambori Amal Kawasan Tg Malim telah berjaya diadakan di Kg Baru Sabar Jaya, Sungkai dengan penyertaan seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada remaja-remaja dari cawangan sekitar Kawasan Tg Malim.

Pendaftaran jambori bermula jam 5.00 petang pada hari Jumaat 23 Julai 2010. selesai pendaftran, peserta ditugaskan mendirikan khemah masing-masing. Manakala petugas sibuk menyediakan makan malam.

Selesai Solat Maghrib, satu taklimat ringkas diberikan oleh Komanden Amal Tg Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar. Setelah selesai, Ustaz Azhari mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyampaikan Tazkirah Maghrib.

Selesai Solat Isyak, semua peserta menikmati juadah makan malam.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Ustaz Azhari. Setelah selesai, disambung pula dengan slot Taklimat Kawad kaki oleh Setiausaha Amal Tg Malim, Sdr Hisyamuddin dan diakhiri dengan taklimat Malam Kebudayaan oleh Timbalan Amal Tg Malim, Sdr Fazrin.

Setelah selesai, semua peserta menikmati lemang yang telah siap tersedia dengan kari ayam istimewa bagi menutup slot akhir sebelum peserta diarahkan tidur pada jam 1.00 pagi.

Jam 5.30 pagi hari kedua, semua peserta dikejutkan untuk menunaikan Solat Subuh Berjamaah..Selepas Solat subuh, diisi dengan Kuliah oleh Ustaz Norzarir. Aktiviti hari kedua dimulai dengan Kawad kaki dan majlis perasmian oleh Ketua Pemuda Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Monday, July 26, 2010

Unit Amal Tembusi Changkat Sulaiman

Alhamdulillah, Jabatan Amal Tanjung Malim berjaya merobek benteng UMNO di kampung Chakatg Sulaiman dengan mengadakan satu gotong royong di kampung tersebut.

Program yang bertujuan mendirikan sebuah rumah warha tua dihadiri Tentera Merah yang agak ramai. Kelihatan penduduk kampung tercengan bila melihat pihak amal masuk ke kampung mereka. Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil...










Monday, July 5, 2010

Tahniah Komander Amal Tanjung Malim

Tahniah diucapkan kepada Komander Amal Tanjung malim Saudara Nor Azmi Bin Abu Bakar di atas pemakaian pangkat yang telah disempurnakan oleh Dato seri Ir Hj Nizar Jamaluddin pada 4 Julai yang lalu. Turut dipakaikan pangkat adalah Pengarah amal Perak, Saudara Arif dan ALPnya..

Saudara Azmi sedang dipakaikan pangkat oleh Hj Nizar

Program yang dijalankan serentak dengan Muqayyam Jabatan Amal Pusat ini turut dihadiri Ketua Pengarahnya Saudara Juhari serta beberapa orang ahli lembaga pengarah jabatan Amal Pusat. Malah sejarah turut dicipta apabila buat pertama kali pakaian rasmi baru diperkenalkan didalam program ini…

Kehadiran Icon Unit Amal malaysia memeriahkan lagi program

Barisan ALP Amal Negeri Perak

Para peserta Muqayyam Amal bergambar kenang-kenangan

Tuesday, June 8, 2010

JAMBORI AMAL TANJUNG MALIM

Amal Boat Touring

Alhamdulillah Unit Amal Tanjung Malim bersama Dewan Pemuda Tanjung Malim berjaya mengadakan Kem Ibadah yang telah diadakan di Felda Residence, Trolak yang nama Unit Amal telah diamanahkan untuk mengendalikan slot riadhah.

Boat Touring telah diperkenalkan dan ia mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada para peserta malah ibubapa dan AJK sendiri.

Pak Lang bersedia untuk mengemudi bot setelah berjaya menyiapkan sebuah rakit dan jeti sementara.

Ahli Amal sedang memberikan taklimat keselamatan sebelum peserta menaiki bot

Saudara Fazrin sedang memakaikan peserta jaket keselamatan

Timbalan Komander 2 Amal Tanjung Malim mengemudi bot

SU pemuda Tanjung Malim turut mencuba

Rakit turut disediakan

Wednesday, June 2, 2010

Lagi Ahli Amal Akan Kahwin



Seperti biasa bila tiba musim cuti banyak lah kad-kad jemputan yang diterima. Juga kebetulannya, ramai pulak ahli Jabatan Amal Tanjung Malim yang akan melansungkan perkahwinan.

Jika Faiz telah selamat diijab kabulkan, minggu hadapan Muhd Amir bin Shahidan pula akan melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihan hatinya yang berasal dari Kedah. Semoga anda bahagia sehingga akhir hayat.

Monday, May 31, 2010

Panggilan Meting

MESYUARAT KHAS JAMBORI AMAL TANJUNG MALIM KALI PERTAMA

TARIKH: 3 JUN 2010 (KHAMIS)
JAM: 9.30 MALAM
TEMPAT: PEJABAT PEMUDA PAS TANJUNG MALIM

SEMUA AJK JABATAN AMAL TANJUNG MALIM DIWAJIBKAN HADIR

Wednesday, May 26, 2010

Tahniah Dan Takziah

Pengarah Jabatan Amal Perak bertukar tangan yang mana kini jawatan tersebut dipegang oleh Saudara Arif Bin Sha'arani setelah pengarah yang lalu telah diberikan taklifan sebagai Exco Sukan dan Kebudayaan dalam satu rombakan exco yang dibuat oleh DPPN Perak.

Berikutan itu, satu rombakan juga telah dibuat oleh Jabatan Amal Perak yang mana ia menyaksikan beberapa muka lama dan baru bergandingan dalam memastikan Jabatan Amal Perak terus mendepani perjuangan.

Tahniah buat yang terpilih untuk mengepalai jabatan Amal Perak. Juga takziah diucapkan kepada kalian yang terpaksa menanggung beban amanah ini. Laksanakan amanah dengan sebaiknya. Insya Allah kami akan tetap bersama kalian untuk memertabatkan Jabatan Amal Perak.

Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada Mohd Faiz Bin Hj Zainal yang akan mengadakan Majlis Akad Nikah pada malam ini (27 Mei) dengan pasangannya Rabiatul Adawiyah Binti Khamid. Faiz yang merupakan Ahli Amal dari gugusan Besout adalah anggota yang komited dalam program-program Amal. Malah beliau bertugas sepenuh masa ketika Pilihan Raya kecil Bukit Gantang.

Beliau juga menjemput semua pimpinan Pas kawasan, Dewan Pemuda dan Ahli Amal kawasan untuk ke Majlis Walimatul Urus yang akan diadakan pada 6 jun (Ahad) yang akan datang.

Kepada mohd Faiz kami doakan agar anda akan kekal bahagia hingga ke anak cucu. Jadikan perkahwinan ini sebagai pembakar semangat agar terus berjuang bersama jemaah.

Pejabat Baru Jabatan Amal Tanjung Malim



Jabatan Amal Tanjung Malim kini mempunyai bilik pejabat sendiri yang beralamat di Pejabat Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim, PT 2576 Bandar Baru Slim. Kini segala urusan boleh berhubung terus di pejabat tersebut atau bleh hubungi Komander amal atau SUK Pemuda Tanjung Malim.

Diharap dengan adanya pejabat ini urusan Jabatan Amal Tanjung Malim akan lebih tersusun dan mempunyai pengurusan yang terbaik.

Makan Malam Sempena 20 Tahun Amal


Monday, May 17, 2010

Amal Berdepan Makhluk Halus

Kali ini Jabatan Amal Tanjung Malim terpaksa berdepan dengan makhluk halus dalam usaha membantu Masyarakat Kampung Rasau memusnahkan tempat pembiakannya. Program 2 hari ini telah dianjurkan oleh AJK Surau Gapis yang mana ia turut disertai masyarakat setempat bertujuan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes sekali gus bertindak mengumpulkan barangan lusuh untuk dijual.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Aml perak, Ketua pemuda pas kawasan Tanjung malim dan Ajk pas cawangan.

Mudah-mudahan usaha kita yang sedikit ini memberikan impak yang besar kepada penduduk setempat.



Trolak Pekan Banjir Lagi



Sekali lagi Trolak Pekan dilanda banjir, kali ke dua dalam masa 2 minggu. Yang menenggelamkan 6 buah rumah serta beberapa buah kedai.

“ Tilam tak sempat kering dah basah lagi. Buang je la tilam tu.” Keluh seorang mangsa.

“Rumah dah kosong takdak apa dah, sekali banjir buang barang, banjir lagi buang lagi.” Adu mangsa yang lain.

Namun begitu hanya keluhan yang boleh dilontarkan, sudah beberapa kali Umno menabur janji untuk membina rumah baru namun semuanya hanya khabar yang entah bila akan diperolehi.

Dikhabarkan ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat sebidang tanah telah diluluskan bagi proses pemindahan, namun begitu dek kerakusan Umno rakyat yang teraniaya, fail tersebut di petisejukkan.

Jabatan Amal Tanjung Malim yang diketuai komandernya telah menjalankan operasi membersih sehingga jam 2.30 pagi.




Sekitar Banjir Lumpur Di Kampar

Sekitar banjir lumpur di Taman Sri Kampar

Tahniah Jabatan Amal Tanjung Malim

Anugerah Jabatan Amal Kawasan Terbaik Peringkat Negeri Perak – Suatu yang tidak pernah kami fikirkan ketika mana kami melaksanakan kerja-kerja amal. Apa yang ada di benak ini hanyalah slogan Beramal Kerana Allah yang mana itulah sebenarnya yang mendorong kami untuk melakukan kerja tanpa penat dan jemu. Malah itulah sebenarnya rahsia mengapa Anggota amal masih dan boleh meneruskan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dalam apa jua keadaan dan masa yang meminta dan memerlukan pertolongan walaupun tidak dibayar dengan wang ringgit malah wang ringgit sendiri pula yang terpaksa dibelanjakan.

Namun begitu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada jabatan Amal Perak yang telah menamakan kami selaku penerima anugerah ini yang mana pastinya ia dapat mendorongkan lagi kami dalam beramal seterusnya menaikkan lagi nama Jabatan Amal Tanjung Malim seterusnya Pas itu sendiri.

Tahniah juga kepada seluruh Ahli Amal Tanjung Malim yang mana tanpa kegigihan dan komitmen daripada tuan-tuan pastinya Jabatan Amal Tanjung Malim tidak akan sampai ke tahap ini.

TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN….

Ketua Pemuda Pas Tanjung Malim menerima Anugerah yang disampaikan

Petugas Amal bersama Ketua Pemuda di Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak

PRK Hulu Selangor: Amal Mendepani Perjuangan


Tahniah Unit Amal - tangkas bertindak dan istiqamah dalam perjuangan. Terbukti Unit amal bukan sahaja berupaya menjadi duta kepada Pas malah perlu di jadikan Qudwah oleh setiap ahli pas.

Bermula dari hari penamaan calon sehingga selesai pilihanraya, Unit Amal Perak tetap berada di saff hadapan malah ada anggotanya yang tidak tidur bermalam-malam semata-mata bagi memastikan bilik gerakan Pas di SKC sentiasa selamat dari ancaman musuh.

Dalam kesibukan berkempen Unit Amal Perak masih sempat untuk bergotong royong membersihkan rumah penduduk malah para pengundi lebih mesra dengan Jabatan Amal yang berseragam merah berbanding Pas itu sendiri.

Bukan sahaja gigih meringankan beban para pengundi, Ahli Amal juga tangkas di padang dalam rangka menarik perhatian pengundi muda dan respon yang diterima amat memberansangkan.

Tahniah Jabatan Amal. Sentiasa tingkatkan pencapaian anda dalam memenuhi hasrat Presiden agarJabatan Amal mampu berada ditengah-tengah masyarakat dalam apa jua waktu dan tempat samaada menerima arahan daripada parti ataupun tidak untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dengan tidak mengenal penat dan jemu yang sekali gus bertindak sebagai duta kepada parti dalam bidang yang penting ini.