Tuesday, April 26, 2011

Tahniah YDP Baru Pas Tanjung Malim

Pada mesyuarat Agung Pas Kawasan yang lalu, bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan bagi sesi lepas telah dipilih oleh para perwakilan bagi menerajui Pas Kawasan Tanjung Malim bagi mengantikan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Dengan terpilihnya Saudara Aminuddin sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan ini bermakna Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim juga telah mendapat penaung baru. Dan kami pihak JATM sangat mengharap agar dengan perlantikan ini menjadikan kerjasama yang terjalin selama ini akan lebih akrab dan segala urusan akan lebih bersistematik dan mudah…

Monday, April 25, 2011

AJK Jabatan Amal TM Terajui Pemuda Pas Tanjung Malim

Tahniah buat Saudara Junaidin Bin Yusop yang telan dipilih sebagai Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim bagi sesi 2011-2013. Beliau akan berganding tenaga dengan Saudara Abdul Gani yang juga Ajk Amal kawasan selaku Timbalan Ketua Pemuda dan Saudara Azhari selaku naib ketua Pemuda.

Saudara Junaidin yang merupakan Ketua Unit Kurikulum, Latihan dan Teknikal Jabatan Amal kawasan Tanjung Malim bagi sesi yang lalu merupakan antara penggerak yang banyak jasanya dalam memastikan Jabatan Amal Tanjung Malim dikenali ramai. Malah beliau yang juga berpengalaman di peringkat negeri sanggup berhutang semata-mata mahu memastikan Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim lengkap dengan pakaian merahnya bagi menarik generasi pelapis menyertai Unit Amal. Dan hasilnya boleh dilihat pada hari ini yang mana Jabatan Amal Tanjung Malim adalah antara Jabatan Amal yang terkehadapan dalam apa jua situasi.

Justeru itu dengan tertaklifnya beliau sebagai ketua pemuda yang baru, kami berharap bukan sahaja Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim akan terus terpacu laju malah akan memberikan impak yang positif kepada pembangunan Jabatan Amal Kawasan…