Sunday, July 3, 2011

Nostalgia Jambori Amal Tanjung Malim

Jambori Kali Pertama (Kem Ansar, Kampung Menderang)

Jambori Kali Ke-2 (lata Serpek, Kampung Rasau)

Jambori Kali Ke-3 (Kampung Sabar Jaya)

Jambori kali ke 4 (Kampung Poh Bidor)

Jambori Amal Tanjung Malim Kali Ke 4


Tahniah dan Syabas buat Jabatan amal Tanjung Malim kerana telah berjaya menyempurnakan Jambori Amal Kawasan Tanjung Malim buat kali ke empat berturut-turut.

Jika diimbas kembali 4 tahun lepas, Jambori pertama telah diadakan di Kem Ansar, Kg Menderang diikuti Lata Serpek, Kampung Rasau (kali Ke2), Kg Sabar Jaya ( Ke3) dan kali ini Kampong Poh Bidor telah menjadi pilihan.

Namun begitu fokus Jambori kali ini lebih menekankan kepada golongan pelapis iaitu anggota kadet dan briget Amal dalam memastikan kelansungan jabatan Amal Tanjung Malim tidak terputus.

Pelbagai program yang menarik telah diadakan dalam usaha memastikan hampir 50 orang peserta ini dapat mencapai objektif yang diharapkan terutama dalam memahami asas-asas Amal.

Jangan Hanya Jadi Jabatan Amal Tanjung Malim

"Kita adalah anggota Jabatan Amal seMalaysia, jangan hanya jadi Jabatan Amal seTanjung Malim." Itu antara amaran Yang DiPertua Pas Kawasan Tanjung Malim Hj Aminuddin Zulkipli kepada anggota Amal Tanjung Malim ketika sesi ucapan Perasmian Penutup Jambori Amal Kawasan Tanjung Malim kali keempat yang diadakan di Kampung Poh, Bidor.

Saudara Aminudin Ketika Sesi Penutup

Anggota Amal Tanjung Malim datang dan pergi, bersilih ganti namun, walau kemana kita berada perjuangan tetap perlu diteruskan. Jangan hanya aktif di Kawasan Tanjung Malim tetapi bila berpindah kawasan terus mandom dan hilang.

Beliau turut menegaskan ahli Amal perlu berada di barisan hadapan dalam apa juga situasi terutama menjelang Hari Gotong Royong membersihkan Demokrasi negara tidak lama lagi.

Diakhir sesi majlis tersebut beliau telah menyampaikan anugerah Jasamu di Kenang kepada dua anggota Amal Tanjung Malim yang telah berpindah kawasan iaitu Saudara Firdaus (Lumut) dan Saudara Khairul Nizam (Batu Gajah).