Tuesday, November 24, 2009

Simulasi Pilihanraya: Tahniah Unit Amal

Tahniah kepada unit Amal kerana berjaya mengerahkan seramai mungkin petugas dalam memastikan simulasi pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Malim berjalan lancar. Seramai hampir 30 Ahli Amal baik yang beruniform rasmi mahupun berbaju preman turun dalam memastikan kelancaran program tersebut.

Konsert Ringgo dan Azhan Atan yang diiktiraf sebagai program simulasi pilihanraya tersebut berjaya menarik golongan muda untuk mendekati Pas bersesuaian dengan slogan baru dewan Pemuda iaitu Orang Muda Geng Kita. Dalam situasi ini kehadiran unit amal yang ramai pastinya dapat memberikan suatu impak positif bukan sahaja terhadap perjalanan progran malah kepada persepsi orang ramai juga.

Namun begitu Unit amal gagal dalam memanfaatkan kehadiran ahlinya yang ramai. Tiada arahan yang jelas menyebabkan ahli-ahlinya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan hanya berkumpul disuatu sudut dewan. Malah kehadiran Unit Amal dari Kawasan Hulu Bernam juga tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi melicinkan lagi perjalanan program. Perancangan-perancangan awal seperti parking, penggunaan van sapu dan sebagainya tidak dapat berjalan dengan lancar.

Tapi yang pastinya kehadiran begitu ramai ahli Amal dalam menjayakan Konsert ini memberikan suatu harapan baru kepada Jabatan Amal kawasan dalam memastikan Jabatan Amal Tanjung Malim sentiasa terkehadapan.

Bekas Penyelaras amal kawasan bergambar bersama Timbalan Komander 2 Jabatan Amal

Inilah Bakal-bakal pelapis kepinpinan Jabatan Amal Kawasan

Sahabat-sahabat Amal dari Sabak Bernam turut membantu

Ketua Unit Ekonomi Amal Tanjung Malim bersama Azhan Atan

Ringgo bersama Komander dan Setiausaha Jabatan Amal Tanjung Malim

"Nak pasang dari pagi, runtuh 10 minit je" Komen Abang Amin ketika kerja-kerja mengemas pentas dilakukan.

Sebahagian petugas Amal bergambar bersama penasihat Imam kholili

Bunga-bunga tu taruk kat belakang je, jangan bawak balik

Inilah sesi yang dinanti-nanti. Sesi makan kambing. Hahaha

Tahniah Unit Amal, Semoga sukses setiap masa.

No comments:

Post a Comment