Monday, May 17, 2010

Tahniah Jabatan Amal Tanjung Malim

Anugerah Jabatan Amal Kawasan Terbaik Peringkat Negeri Perak – Suatu yang tidak pernah kami fikirkan ketika mana kami melaksanakan kerja-kerja amal. Apa yang ada di benak ini hanyalah slogan Beramal Kerana Allah yang mana itulah sebenarnya yang mendorong kami untuk melakukan kerja tanpa penat dan jemu. Malah itulah sebenarnya rahsia mengapa Anggota amal masih dan boleh meneruskan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dalam apa jua keadaan dan masa yang meminta dan memerlukan pertolongan walaupun tidak dibayar dengan wang ringgit malah wang ringgit sendiri pula yang terpaksa dibelanjakan.

Namun begitu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada jabatan Amal Perak yang telah menamakan kami selaku penerima anugerah ini yang mana pastinya ia dapat mendorongkan lagi kami dalam beramal seterusnya menaikkan lagi nama Jabatan Amal Tanjung Malim seterusnya Pas itu sendiri.

Tahniah juga kepada seluruh Ahli Amal Tanjung Malim yang mana tanpa kegigihan dan komitmen daripada tuan-tuan pastinya Jabatan Amal Tanjung Malim tidak akan sampai ke tahap ini.

TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN….

Ketua Pemuda Pas Tanjung Malim menerima Anugerah yang disampaikan

Petugas Amal bersama Ketua Pemuda di Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak

No comments:

Post a Comment