Sunday, July 3, 2011

Nostalgia Jambori Amal Tanjung Malim

Jambori Kali Pertama (Kem Ansar, Kampung Menderang)

Jambori Kali Ke-2 (lata Serpek, Kampung Rasau)

Jambori Kali Ke-3 (Kampung Sabar Jaya)

Jambori kali ke 4 (Kampung Poh Bidor)

Jambori Amal Tanjung Malim Kali Ke 4


Tahniah dan Syabas buat Jabatan amal Tanjung Malim kerana telah berjaya menyempurnakan Jambori Amal Kawasan Tanjung Malim buat kali ke empat berturut-turut.

Jika diimbas kembali 4 tahun lepas, Jambori pertama telah diadakan di Kem Ansar, Kg Menderang diikuti Lata Serpek, Kampung Rasau (kali Ke2), Kg Sabar Jaya ( Ke3) dan kali ini Kampong Poh Bidor telah menjadi pilihan.

Namun begitu fokus Jambori kali ini lebih menekankan kepada golongan pelapis iaitu anggota kadet dan briget Amal dalam memastikan kelansungan jabatan Amal Tanjung Malim tidak terputus.

Pelbagai program yang menarik telah diadakan dalam usaha memastikan hampir 50 orang peserta ini dapat mencapai objektif yang diharapkan terutama dalam memahami asas-asas Amal.

Jangan Hanya Jadi Jabatan Amal Tanjung Malim

"Kita adalah anggota Jabatan Amal seMalaysia, jangan hanya jadi Jabatan Amal seTanjung Malim." Itu antara amaran Yang DiPertua Pas Kawasan Tanjung Malim Hj Aminuddin Zulkipli kepada anggota Amal Tanjung Malim ketika sesi ucapan Perasmian Penutup Jambori Amal Kawasan Tanjung Malim kali keempat yang diadakan di Kampung Poh, Bidor.

Saudara Aminudin Ketika Sesi Penutup

Anggota Amal Tanjung Malim datang dan pergi, bersilih ganti namun, walau kemana kita berada perjuangan tetap perlu diteruskan. Jangan hanya aktif di Kawasan Tanjung Malim tetapi bila berpindah kawasan terus mandom dan hilang.

Beliau turut menegaskan ahli Amal perlu berada di barisan hadapan dalam apa juga situasi terutama menjelang Hari Gotong Royong membersihkan Demokrasi negara tidak lama lagi.

Diakhir sesi majlis tersebut beliau telah menyampaikan anugerah Jasamu di Kenang kepada dua anggota Amal Tanjung Malim yang telah berpindah kawasan iaitu Saudara Firdaus (Lumut) dan Saudara Khairul Nizam (Batu Gajah).

Saturday, June 18, 2011

Sekitar Jambori Amal Tahun 2010

Setiausaha pemuda sedang menjalankan sesi ice breaking... Persis motivator handalan...

Persiapan untuk makan. Macam-macam ada... Lemang dan rendang pun ada...

Ketua pemuda merasmikan Majlis

Slot Amal boat racing


Peserta dedang membuat gejet dalam modul ikatan

Peserta Jambori Amal 2010 di Kg Sabar Jaya

Jambori Amal Kawasan Tanjung Malim

Jabatan amal Kawasan Tanjung Malim sekali lagi akan menganjurkan Jambori Amal peringkat kawasan yang akan diadakan pada 2 dan 3 Julai ini. Lokasi yang dipilih adalah Kampung Poh Bidor.. Aktiviti yang dijangka bermula jam 9 pagi 2 julai ini adalah terbuka kepada semua ahli amal dan para pemuda kawasan sekitar...

JAMBORI AMAL KAWASAN TANJUNG MALIM
PADA 2&3 JULAI 2011
BERMULA JAM 9 PAGI
BERTEMPAT DI KAMPUNG POH BIDOR

SEMUA DIJEMPUT HADIR

AJK JATM Sesi 2011-2013



Tahniah dan takziah kepada semua AJK Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim yang telah dilantik bagi menerajui kepimpinan Jabatan Amal Tanjung Malim dalam memastikan JATM terus kehadapan dalam membantu jentera Pas kawasan dan Dewan Pemuda....

Tuesday, April 26, 2011

Tahniah YDP Baru Pas Tanjung Malim

Pada mesyuarat Agung Pas Kawasan yang lalu, bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan bagi sesi lepas telah dipilih oleh para perwakilan bagi menerajui Pas Kawasan Tanjung Malim bagi mengantikan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Dengan terpilihnya Saudara Aminuddin sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan ini bermakna Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim juga telah mendapat penaung baru. Dan kami pihak JATM sangat mengharap agar dengan perlantikan ini menjadikan kerjasama yang terjalin selama ini akan lebih akrab dan segala urusan akan lebih bersistematik dan mudah…

Monday, April 25, 2011

AJK Jabatan Amal TM Terajui Pemuda Pas Tanjung Malim

Tahniah buat Saudara Junaidin Bin Yusop yang telan dipilih sebagai Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim bagi sesi 2011-2013. Beliau akan berganding tenaga dengan Saudara Abdul Gani yang juga Ajk Amal kawasan selaku Timbalan Ketua Pemuda dan Saudara Azhari selaku naib ketua Pemuda.

Saudara Junaidin yang merupakan Ketua Unit Kurikulum, Latihan dan Teknikal Jabatan Amal kawasan Tanjung Malim bagi sesi yang lalu merupakan antara penggerak yang banyak jasanya dalam memastikan Jabatan Amal Tanjung Malim dikenali ramai. Malah beliau yang juga berpengalaman di peringkat negeri sanggup berhutang semata-mata mahu memastikan Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim lengkap dengan pakaian merahnya bagi menarik generasi pelapis menyertai Unit Amal. Dan hasilnya boleh dilihat pada hari ini yang mana Jabatan Amal Tanjung Malim adalah antara Jabatan Amal yang terkehadapan dalam apa jua situasi.

Justeru itu dengan tertaklifnya beliau sebagai ketua pemuda yang baru, kami berharap bukan sahaja Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim akan terus terpacu laju malah akan memberikan impak yang positif kepada pembangunan Jabatan Amal Kawasan…