Wednesday, November 11, 2009

Kawad Perak NO 1

Kenape??? tak percaye???

Tapi itu lah hakikatnya. Walaupun yang berkawad hanya penoreh getah, buruh dan nelayan tapi kumpulan kawad Jabatan Amal Perak tetap nombor 1.

"Jangan risau kita dah tentu no 1," kata-kata penuh berkeyakinan Saudara Khairul Nizam peserta Amal dari Tanjung Malim ketika ditemui semasa sesi latihan kawad. Dan apa yang dibanggakan kata-kata tersebut turut dikongsi oleh kesemua peserta kawad Perak.

Kata-kata tersebut terbukti benar apabila kontinjen Perak yang mula-mula dipanggil untuk masuk ke padang kawad. 12 peserta dan seorang kem komanden bersemangat ke medan juang. Tapi berterabur jugak jadinya walaupun yakin menang.

"Takpe la Yoep, biar kalah asal bubar DUN," Kata seorang peserta setelah penat ketawa selepas berkawad.

No comments:

Post a Comment