Monday, May 31, 2010

Panggilan Meting

MESYUARAT KHAS JAMBORI AMAL TANJUNG MALIM KALI PERTAMA

TARIKH: 3 JUN 2010 (KHAMIS)
JAM: 9.30 MALAM
TEMPAT: PEJABAT PEMUDA PAS TANJUNG MALIM

SEMUA AJK JABATAN AMAL TANJUNG MALIM DIWAJIBKAN HADIR

Wednesday, May 26, 2010

Tahniah Dan Takziah

Pengarah Jabatan Amal Perak bertukar tangan yang mana kini jawatan tersebut dipegang oleh Saudara Arif Bin Sha'arani setelah pengarah yang lalu telah diberikan taklifan sebagai Exco Sukan dan Kebudayaan dalam satu rombakan exco yang dibuat oleh DPPN Perak.

Berikutan itu, satu rombakan juga telah dibuat oleh Jabatan Amal Perak yang mana ia menyaksikan beberapa muka lama dan baru bergandingan dalam memastikan Jabatan Amal Perak terus mendepani perjuangan.

Tahniah buat yang terpilih untuk mengepalai jabatan Amal Perak. Juga takziah diucapkan kepada kalian yang terpaksa menanggung beban amanah ini. Laksanakan amanah dengan sebaiknya. Insya Allah kami akan tetap bersama kalian untuk memertabatkan Jabatan Amal Perak.

Selamat Pengantin Baru

Tahniah diucapkan kepada Mohd Faiz Bin Hj Zainal yang akan mengadakan Majlis Akad Nikah pada malam ini (27 Mei) dengan pasangannya Rabiatul Adawiyah Binti Khamid. Faiz yang merupakan Ahli Amal dari gugusan Besout adalah anggota yang komited dalam program-program Amal. Malah beliau bertugas sepenuh masa ketika Pilihan Raya kecil Bukit Gantang.

Beliau juga menjemput semua pimpinan Pas kawasan, Dewan Pemuda dan Ahli Amal kawasan untuk ke Majlis Walimatul Urus yang akan diadakan pada 6 jun (Ahad) yang akan datang.

Kepada mohd Faiz kami doakan agar anda akan kekal bahagia hingga ke anak cucu. Jadikan perkahwinan ini sebagai pembakar semangat agar terus berjuang bersama jemaah.

Pejabat Baru Jabatan Amal Tanjung Malim



Jabatan Amal Tanjung Malim kini mempunyai bilik pejabat sendiri yang beralamat di Pejabat Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim, PT 2576 Bandar Baru Slim. Kini segala urusan boleh berhubung terus di pejabat tersebut atau bleh hubungi Komander amal atau SUK Pemuda Tanjung Malim.

Diharap dengan adanya pejabat ini urusan Jabatan Amal Tanjung Malim akan lebih tersusun dan mempunyai pengurusan yang terbaik.

Makan Malam Sempena 20 Tahun Amal


Monday, May 17, 2010

Amal Berdepan Makhluk Halus

Kali ini Jabatan Amal Tanjung Malim terpaksa berdepan dengan makhluk halus dalam usaha membantu Masyarakat Kampung Rasau memusnahkan tempat pembiakannya. Program 2 hari ini telah dianjurkan oleh AJK Surau Gapis yang mana ia turut disertai masyarakat setempat bertujuan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes sekali gus bertindak mengumpulkan barangan lusuh untuk dijual.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Aml perak, Ketua pemuda pas kawasan Tanjung malim dan Ajk pas cawangan.

Mudah-mudahan usaha kita yang sedikit ini memberikan impak yang besar kepada penduduk setempat.



Trolak Pekan Banjir Lagi



Sekali lagi Trolak Pekan dilanda banjir, kali ke dua dalam masa 2 minggu. Yang menenggelamkan 6 buah rumah serta beberapa buah kedai.

“ Tilam tak sempat kering dah basah lagi. Buang je la tilam tu.” Keluh seorang mangsa.

“Rumah dah kosong takdak apa dah, sekali banjir buang barang, banjir lagi buang lagi.” Adu mangsa yang lain.

Namun begitu hanya keluhan yang boleh dilontarkan, sudah beberapa kali Umno menabur janji untuk membina rumah baru namun semuanya hanya khabar yang entah bila akan diperolehi.

Dikhabarkan ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat sebidang tanah telah diluluskan bagi proses pemindahan, namun begitu dek kerakusan Umno rakyat yang teraniaya, fail tersebut di petisejukkan.

Jabatan Amal Tanjung Malim yang diketuai komandernya telah menjalankan operasi membersih sehingga jam 2.30 pagi.




Sekitar Banjir Lumpur Di Kampar

Sekitar banjir lumpur di Taman Sri Kampar

Tahniah Jabatan Amal Tanjung Malim

Anugerah Jabatan Amal Kawasan Terbaik Peringkat Negeri Perak – Suatu yang tidak pernah kami fikirkan ketika mana kami melaksanakan kerja-kerja amal. Apa yang ada di benak ini hanyalah slogan Beramal Kerana Allah yang mana itulah sebenarnya yang mendorong kami untuk melakukan kerja tanpa penat dan jemu. Malah itulah sebenarnya rahsia mengapa Anggota amal masih dan boleh meneruskan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dalam apa jua keadaan dan masa yang meminta dan memerlukan pertolongan walaupun tidak dibayar dengan wang ringgit malah wang ringgit sendiri pula yang terpaksa dibelanjakan.

Namun begitu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada jabatan Amal Perak yang telah menamakan kami selaku penerima anugerah ini yang mana pastinya ia dapat mendorongkan lagi kami dalam beramal seterusnya menaikkan lagi nama Jabatan Amal Tanjung Malim seterusnya Pas itu sendiri.

Tahniah juga kepada seluruh Ahli Amal Tanjung Malim yang mana tanpa kegigihan dan komitmen daripada tuan-tuan pastinya Jabatan Amal Tanjung Malim tidak akan sampai ke tahap ini.

TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN….

Ketua Pemuda Pas Tanjung Malim menerima Anugerah yang disampaikan

Petugas Amal bersama Ketua Pemuda di Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak

PRK Hulu Selangor: Amal Mendepani Perjuangan


Tahniah Unit Amal - tangkas bertindak dan istiqamah dalam perjuangan. Terbukti Unit amal bukan sahaja berupaya menjadi duta kepada Pas malah perlu di jadikan Qudwah oleh setiap ahli pas.

Bermula dari hari penamaan calon sehingga selesai pilihanraya, Unit Amal Perak tetap berada di saff hadapan malah ada anggotanya yang tidak tidur bermalam-malam semata-mata bagi memastikan bilik gerakan Pas di SKC sentiasa selamat dari ancaman musuh.

Dalam kesibukan berkempen Unit Amal Perak masih sempat untuk bergotong royong membersihkan rumah penduduk malah para pengundi lebih mesra dengan Jabatan Amal yang berseragam merah berbanding Pas itu sendiri.

Bukan sahaja gigih meringankan beban para pengundi, Ahli Amal juga tangkas di padang dalam rangka menarik perhatian pengundi muda dan respon yang diterima amat memberansangkan.

Tahniah Jabatan Amal. Sentiasa tingkatkan pencapaian anda dalam memenuhi hasrat Presiden agarJabatan Amal mampu berada ditengah-tengah masyarakat dalam apa jua waktu dan tempat samaada menerima arahan daripada parti ataupun tidak untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dengan tidak mengenal penat dan jemu yang sekali gus bertindak sebagai duta kepada parti dalam bidang yang penting ini.





Tuesday, May 4, 2010

Tahniah Unit Amal Tanjung Malim

Tahniah Unit Amal Tanjung Malim yang telah dianugerahkan Jabatan Amal Kawasan terbaik bagi negeri Perak sempena Muktamar Pemuda Pas Negeri yang diadakan di Air Kuning 2 hari yang lalu.

Sesungguhnya pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama Unit Amal Tanjung Malim sahaja malah menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk terus berjuang bagi meningkatkan lagi kualiti kerja sejajar dengan tema Muktamar tahun ini iaitu Mendepani Perjuangan.

Namun begitu, tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua ahli Amal Tanjung Malim pastinya kejayaan sebegini tidak akan dapat diperolehi. Sehubungan dengan itu, kami Jawatankuasa Jabatan Amal Kawasan mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua Penasihat terutamanya Imam Kholili,ahli unit amal seterusnya semua yang terlibat diatas segala kerja buat, komitmen dan kesungguhan dalam menaikkan nama jabatan Amal tanjung Malim.

SU Amal Tanjung Malim Terlibat Kemalangan



4 Mei 2010- 3.30 petang, Setiausaha Jabatan Amal Tg Malim, Sdr Hisyamudin telah terlibat dalam satu kemalangan ketika beliau dalam perjalanan dari Slim River ke Tg Malim. Kejadian berlaku berhampiran dengan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Dalam kejadian, Sdr Hisyamudin yang memandu kereta berseorangan hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River.

Beliau membuat laporan polis di balai Trafik Slim River selepas mengambil rawatan di hospital.

Antara pimpinan yang sempat ke tempat kejadian ialah Naib Ketua Pemuda, Pengarah Nisa' Tg Malim, Sdr Firdaus, Ust Nik dan Sdr Khairol (Jawatankuasa DPPTM)

Beberapa rakaman gambar dapat menjelaskan situasi berkenaan.

Buat Sdr Hisyamudin, bersabar dengan ujian Allah SWT. Teruskan perjuangan..

Sdr Hisyamudin boleh dihibungi melalui talian..019-5672120.

Dewan Pemuda Pas Tg Malim merakamkan ucapan takziah kepada Sdr Hisyamudin dan keluarga.