Tuesday, November 24, 2009

GOTONG-ROYONG AMAL

Pasti- Al Barokah!!! Kami Datang

Bukan untuk belajar tapi kami datang dengan keazaman jitu untuk keselesaan bakal-bakal pelajar Pasti Al-Barokah. Gotong-royong yang dijadualkan sekian lama akhirnya terlaksana juga pada 22 November yang lalu.

Berikut adalah bukti-bukti (,") yang menunjukkan ahli-ahli amal ini sedang melakukan kerja.

Abang Man tengah repair pintu

Abang Khairul lak repair pagar

Kerja-kerja menutup lobang-lobang.

Kelihatan "orang lama" unit Amal turut serta dalam gotong royong

Jangan sampai terketuk tangan sudah..

Sesi cabut rumput la pulak

last session, bakar sampah jangan sampai terbakar rumah

Macam biasa sesi makan-makan, sup kaki lembu beb...

Simulasi Pilihanraya: Tahniah Unit Amal

Tahniah kepada unit Amal kerana berjaya mengerahkan seramai mungkin petugas dalam memastikan simulasi pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Malim berjalan lancar. Seramai hampir 30 Ahli Amal baik yang beruniform rasmi mahupun berbaju preman turun dalam memastikan kelancaran program tersebut.

Konsert Ringgo dan Azhan Atan yang diiktiraf sebagai program simulasi pilihanraya tersebut berjaya menarik golongan muda untuk mendekati Pas bersesuaian dengan slogan baru dewan Pemuda iaitu Orang Muda Geng Kita. Dalam situasi ini kehadiran unit amal yang ramai pastinya dapat memberikan suatu impak positif bukan sahaja terhadap perjalanan progran malah kepada persepsi orang ramai juga.

Namun begitu Unit amal gagal dalam memanfaatkan kehadiran ahlinya yang ramai. Tiada arahan yang jelas menyebabkan ahli-ahlinya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan hanya berkumpul disuatu sudut dewan. Malah kehadiran Unit Amal dari Kawasan Hulu Bernam juga tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi melicinkan lagi perjalanan program. Perancangan-perancangan awal seperti parking, penggunaan van sapu dan sebagainya tidak dapat berjalan dengan lancar.

Tapi yang pastinya kehadiran begitu ramai ahli Amal dalam menjayakan Konsert ini memberikan suatu harapan baru kepada Jabatan Amal kawasan dalam memastikan Jabatan Amal Tanjung Malim sentiasa terkehadapan.

Bekas Penyelaras amal kawasan bergambar bersama Timbalan Komander 2 Jabatan Amal

Inilah Bakal-bakal pelapis kepinpinan Jabatan Amal Kawasan

Sahabat-sahabat Amal dari Sabak Bernam turut membantu

Ketua Unit Ekonomi Amal Tanjung Malim bersama Azhan Atan

Ringgo bersama Komander dan Setiausaha Jabatan Amal Tanjung Malim

"Nak pasang dari pagi, runtuh 10 minit je" Komen Abang Amin ketika kerja-kerja mengemas pentas dilakukan.

Sebahagian petugas Amal bergambar bersama penasihat Imam kholili

Bunga-bunga tu taruk kat belakang je, jangan bawak balik

Inilah sesi yang dinanti-nanti. Sesi makan kambing. Hahaha

Tahniah Unit Amal, Semoga sukses setiap masa.

Unit Amal Serang Slim River

Pernahkah anda dengar kisah Singarupa dilanggar Todak???
Kali ini satu kisah baru akan terpahat di dalam sejarah iaitu Slim River ditutupi poster.

Dalam Operasi "Serang Pekan Slim" dengan 5 kekuatan Unit amal cuba sedaya upaya untuk memastikan setiap inci pekan ini dipenuhi poster. Unit Amal tanpa mengira jemu dan penat sentiasa berada dibarisan hadapan bagi memastikan setiap informasi yang cuba disampaikan sampai kepada audiens.

Otai Amal sedang memasukkan poster Konsert dan Pasti ke dalam peti surat

PERINGATAN: Ini bukan perbuatan vendalisme

Rehat sebentar sementara menuju ke destinasi berikutnya

Thursday, November 12, 2009

Terima Kasih Jabatan Amal Pusat

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Unit IT Jabatan Amal Malaysia kerana sudi untuk menghubungkan laman kami yang tidak seberapa ini dengan laman tuan yang mendapat perhatian ramai.

Mungkin tidak perlu diperbesarkan perkara sekecil ini, namun disebalik perkara kecil ini lah terdapat satu makna yang sangat besar ertinya kepada kami. Hanya dengan menautkan laman kami, pihak tuan sebenarnya turut menautkan hati kami agar lebih aktif bersama Jabatan Amal serta perlu sentiasa aktif meng'update' laman kami.

Mudah-mudahan kerja buat kita yang tidak seberapa ini akan menjadikan Jabatan Amal lebih berperanan dalam mendepani cabaran mendatang.

TAKBIRRRR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!

Lagi Gambar Jambori Amal Kebangsaan

Dato Seri Presiden bersama VIP-VIP


Tentera Amal dari Tanjung Malim Sedang Mendengar Taklimat

Inilah rupa kediaman Jabatan Amal perak (masih dalam proses pembinaan)

Hebatnya anggota amal Perak. Boleh buat banyak kerja sekali gus


Usha ape tu bang???

Seusai sesi latihan Kawad. Kumpulan inilah yang mendapat tempat pertama untuk masuk ke dalam padang kawad.

Wednesday, November 11, 2009

Unit Amal Cekal Bergaya Dimana-mana

Tak kira dimanapun dan berapa banyak kekuatan yang ada Unit Amal Tanjung Malim tidak pernah ketinggalan membantu bagi meringankan beban.

Terbaru Anggota Amal sanggup meninggalkan kerja masing-masing bagi menjayakan Program Hari Anugerah PASTI Kawasan. Program yang julung-julung kali diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Behrang ini tidak pernah menakutkan mereka dari menonjolkan syiar Jabatan Amal Malaysia.

"Tak peduli bangunan kerajaan ke ape ke, yang penting Unit Amal kena di hadapan," Kata-kata peransang Mantan Penyelaras Amal Kawasan kepada kami yang berbaju preman....

Proses membahagi makanan.

Pak Ya (tengah), Tokoh Amal Tanjung Malim. Tidak gentar malah terus bersama Unit Amal walaupun telah 4 kali di beri amaran. "tengok Beret la," kata PakYa...

Kebersihan sebahagian daripada iman...

Bakal ahli Amal 15 tahun akan datang.. TAKBIRRR!!!

Jambori Amal Kebangsaan kali ke 17

Peserta Jambori Amal Kebangsaan tetap bersemangat walaupun hujan

JAMBORI AMAL KEBANGSAAN KALI KE 17
Pastinya ianya akan menjadi kenangan terindah buat kesemua 9 orang peserta dari kawasan Tanjung Malim. Apa taknya, ia merupakan penyertaan sulung di dalam Jambori Amal peringkat Kebangsaan. Dan pastinya ia akan menambahkan lagi pengalaman kami dalam memastikan kami dapat memperkukuhkan lagi Unit Amal Kawasan Tanjung Malim.

Belajar nak menyiku FRU


"Nasib baik polis kalau FRU aku dah belasah dah," kata peserta di dalam hati ketika Pegawai polis memberikan taklimat mengenai jenayah

Kawad Perak NO 1

Kenape??? tak percaye???

Tapi itu lah hakikatnya. Walaupun yang berkawad hanya penoreh getah, buruh dan nelayan tapi kumpulan kawad Jabatan Amal Perak tetap nombor 1.

"Jangan risau kita dah tentu no 1," kata-kata penuh berkeyakinan Saudara Khairul Nizam peserta Amal dari Tanjung Malim ketika ditemui semasa sesi latihan kawad. Dan apa yang dibanggakan kata-kata tersebut turut dikongsi oleh kesemua peserta kawad Perak.

Kata-kata tersebut terbukti benar apabila kontinjen Perak yang mula-mula dipanggil untuk masuk ke padang kawad. 12 peserta dan seorang kem komanden bersemangat ke medan juang. Tapi berterabur jugak jadinya walaupun yakin menang.

"Takpe la Yoep, biar kalah asal bubar DUN," Kata seorang peserta setelah penat ketawa selepas berkawad.

Lagi Gambar Jambori Amal Kawasan

Anak-anak masyarakat asli turut bersama Jambori Amal

Sesi tazkirah di tengah hutan

Slot taklimat oleh Ketua Pemuda

Solat itu tiang agama. Perlu didirikan di mana sahaja.

Makan malam bersama masyarakat Asli

Sesi bakar kambing. Alang-alang bakar kambing jangan sampai jadi arang

Otai-otai amal sedang bertukar-tukar fikiran

Juri sedang merasa hidangan

Ustaz KP sedang memberi Tazkirah subuh

Al-Amal al-Amal Al-Amalulillah

"Hanya orang yang sakit menggunakan tongkat," kata KP kepada Peserta yang bersusah payah mencari Tongkat Ali

Ustaz Hashim menyampaikan Hamper kepada kumpulan terbaik

Maju Cemerlang UNIT AMAL ALLAHUAKBAR!!!